PENGGUNAAN BAHASA YANG BERCAMPURAN PADA PAPAN IKLAN
Menurut
Gumperz, J. J. (1982), dalam Wong Khek Seng (1991), penukaran kod ditakrifkan
sebagai penyelitan dua sistem atau subsistem kenahuan yang berbeza ke dalam
sesuatu ujaran yang sama.
Nik
Safiah Karim (1988), menjelaskan bahawa percampuran kod sebagai satu keadaan di
mana penutur mencampurkan dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam sesuatu
situasi penggunaan bahasa atau dialek.
Poplack
(1988) dan Scotton (1988) telah melihat menukaran kod sebagai tidak lebih
daripada suatu fenomena perlakuan bahasa yang merangkumi penggunaan dua atau
lebih ragam bahasa. Menurut mereka penukaran kod ini boleh berlaku dalam dua
bentuk sama ada intrasentential (dalam ayat) atau intersentential (antara
ayat): “Switching here maybe either intra or intersentential and often
involves stretches of more than one word.” (Scotton, 1988)
Poplack
(1988) menjelaskan bahawa percampuran kod biasanya berlaku di satu titik dalam
satu ayat. Titik percampuran kod berada dalam lingkungan struktur permukaan dua
bahasa yang dipadankan bersama. Sebagai contohnya apabila seorang yang sedang
bercakap dalam bahasa Melayu standard memasukkan unsur-unsur bahasa Inggeris
dalam pertuturan tanpa sebarang gangguan atau halangan dalam pertuturannya. Ini
kerana penutur beranggapan bahawa pendengar juga sepertinya, yakni faham dan
fasih dalam kedua-dua bahasa tersebut.
Dalam gambar di atas, kita dapat melihat papan iklan itu menggunakan kod yang bercampur. Percampuran ini sewajarnya tidak berlaku kerana papan iklan tersebut di letakkan di sebuah universiti yang terkenal yang seharusnya lebih bijak untuk menggunakan bahasa dengan betul.

No comments:
Post a Comment