Wednesday, 8 April 2015

Kesantunan Berbahasa



Assalamualaikum..

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kesantunan dalam berbahasa. Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin,santun dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar boleh dilihat dari segi tingkahlaku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa (1995:121). Tambah beliau lagi: “Kesopanan yang betul -betul memberi perhatian kepada peranan sosial  pemeran  latar ,  judul  percakapan , dan  menyesuaikan  peraturan  pertuturan dengan keadaan sebenar”. (1995:125). 
              Dalam gambar yang ditunjukkan di atas, kita dapat melihat penggunaan bahasa yang kurang sopan telah digunakan oleh seorang rakyat untuk bertutur dengan pemerintahnya. Contoh ujarannya ialah " mampoih p kat hang". Selain itu penggunaan panggilan kepada pemerintah juga tidak sesuai. Gelaran kehormat beliau tidak digunakan. 
              Seharusnya sebagai seorang rakyat yang berada dibawah tampuk pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesuai untuk memanggil beliau hanya dengan 'najib ' sahaja. Kita perlulah memanggil beliau dengan gelaran kehormat beliau iaitu 'Datuk Seri Najib Tun Razak' untuk menunjukkan santun dalam berbahasa.
              Masyarakat sekarang sudah mula hilang nilai kesantunan dalam berbahasa. Nilai kesantunan semakin lama semakin hakis dek kerakusan manusia itu sendiri.

3 comments:

  1. i follooww..heheheh...fatin...terdetik dibenak...lepas ni kena panggil rozi sebagai abang rozi tau...hehehe..jgn nakal2.....

    ReplyDelete
  2. sedikit penambahbaikan..kalau dalam teks berita tidak perlu diulang gelaran kehormat seseorang cukup hanya sekali. penggunaan 'Najib' saja tanpa gelarannya dibenarkan. cuma dalam pertuturan harian, hmm kalau akak cpt semput ni tak larat kot nak sebut panjang2. kiki ;-)

    ReplyDelete
  3. sedikit penambahbaikan..kalau dalam teks berita tidak perlu diulang gelaran kehormat seseorang cukup hanya sekali. penggunaan 'Najib' saja tanpa gelarannya dibenarkan. cuma dalam pertuturan harian, hmm kalau akak cpt semput ni tak larat kot nak sebut panjang2. kiki ;-)

    ReplyDelete