ISU 2: SISTEM
ASPEK
Sistem aspek
memperlihatkan sama ada ayat berkenaan bertandakan aspek perbuatan atau tidak.
Dengan demikian timbullah ayat aspek (ayat (3)) dan ayat bebas aspek (ayat
4)).(Asmah Hj Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir: 2009:422)
(3) Mereka
sudah mendirikan rumah tangga. ( Asmah Hj Omar
dalam Nahu Melayu Mutakhir:
2009:422)
(4)(i) Anaknya
bersekolah di bandar. ( Asmah Hj Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir:
2009:422)
(4)(ii) Dia
tidak makan daging .(Asmah
Hj Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir: 2009:422)
Ayat
(3) di atas dikatakan merupakan ayat aspek kerana mempunyai kata bantu aspek
sebelum kata kerja ‘mendirikan’. Namun ayat di atas sebenarnya tidak memerlukan
kata bantu aspek untuk menyatakan perbuatan yang dilakukan. Hal ini kerana
pendengar akan memahami bahawa perbuatan tersebut telah dilakukan kerana kata
kerja ‘mendirikan’ sendiri sudah membawa makna ‘menjadikan jadi’ atau
‘perbuatan membina sesuatu’. Kata kerja mendirikan
merupakan kata kerja transitif. (Nik Safiah Karim et al. Tatabahasa Dewan, 2010:193)
Kata bantu aspek merupakan kata
bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa. (Nik
Safiah Karim et al.Tatabahasa Dewan,2010:471-472)
i)
Abang kehilangan
wangnya semalam.(
Liaw Yock Fang dalam Nahu Melayu Moden,
1985:50)
ii)
Dia dimarahi
emaknya semalam .(
Liaw Yock Fang dalam Nahu Melayu Moden,
1985:51)
Ayat
(i) dan (ii) di atas tidak mengandungi kata aspek tetapi kita sebagai penutur
jati bahasa Melayu akan memahami ayat peristiwa dalam ayat di atas telah
berlaku. Hal ini kerana kata adverba menjadi penerang waktu kepada kata kerja
di atas. Ayat (3) juga tidak memerlukan kata bantu aspek untuk menyatakan
perbuatan aspek. Jika ayat di atas di ubah menjadi seperti di bawah tetap
membawa makna waktu:
iii)
Mereka
mendirikan rumah tangga semalam.
Ayat (iii) juga
membawa makna perbuatan aspek. Namun
bagaimana pula tentang status ayat di atas? Adakah ayat tersebut tidak termasuk
dalam golongan ayat aspek kerana tidak menggunakan kata bantu aspek sedangkan
kedua-dua ayat mengimplikasikan makna perbuatan telah dilakukan. Penggunaan
kata adverb masa menjelaskan tentang peristiwa perbuatan tersebut. Jadi adalah
tidak relevan untuk mengelaskan ayat berdasarkan kata bantu aspek. Hal ini
kerana kata bantu aspek kadang kala tidak perlu dizahirkan untuk menyatakan
ciri kala.
No comments:
Post a Comment