Wednesday, 8 April 2015




PENGGUNAAN BAHASA YANG BERCAMPURAN PADA PAPAN IKLAN



Menurut Gumperz, J. J. (1982), dalam Wong Khek Seng (1991), penukaran kod ditakrifkan sebagai penyelitan dua sistem atau subsistem kenahuan yang berbeza ke dalam sesuatu ujaran yang sama.
Nik Safiah Karim (1988), menjelaskan bahawa percampuran kod sebagai satu keadaan di mana penutur mencampurkan dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam sesuatu situasi penggunaan bahasa atau dialek.
Poplack (1988) dan Scotton (1988) telah melihat menukaran kod sebagai tidak lebih daripada suatu fenomena perlakuan bahasa yang merangkumi penggunaan dua atau lebih ragam bahasa. Menurut mereka penukaran kod ini boleh berlaku dalam dua bentuk sama ada intrasentential (dalam ayat) atau intersentential (antara ayat): “Switching here maybe either intra or intersentential and often involves stretches of more than one word.” (Scotton, 1988)

Poplack (1988) menjelaskan bahawa percampuran kod biasanya berlaku di satu titik dalam satu ayat. Titik percampuran kod berada dalam lingkungan struktur permukaan dua bahasa yang dipadankan bersama. Sebagai contohnya apabila seorang yang sedang bercakap dalam bahasa Melayu standard memasukkan unsur-unsur bahasa Inggeris dalam pertuturan tanpa sebarang gangguan atau halangan dalam pertuturannya. Ini kerana penutur beranggapan bahawa pendengar juga sepertinya, yakni faham dan fasih dalam kedua-dua bahasa tersebut.
Dalam gambar di atas, kita dapat melihat papan iklan itu menggunakan kod yang bercampur. Percampuran ini sewajarnya tidak berlaku kerana papan iklan tersebut di letakkan di sebuah universiti yang terkenal yang seharusnya lebih bijak untuk menggunakan bahasa dengan betul.
ISU 2: SISTEM ASPEK

Sistem aspek memperlihatkan sama ada ayat berkenaan bertandakan aspek perbuatan atau tidak. Dengan demikian timbullah ayat aspek (ayat (3)) dan ayat bebas aspek (ayat 4)).(Asmah Hj Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir: 2009:422)
(3)           Mereka sudah mendirikan rumah tangga. ( Asmah Hj Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir:  
2009:422)
(4)(i)       Anaknya bersekolah di bandar. ( Asmah Hj Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir: 2009:422)
(4)(ii)      Dia tidak makan daging .(Asmah Hj Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir: 2009:422)

Ayat (3) di atas dikatakan merupakan ayat aspek kerana mempunyai kata bantu aspek sebelum kata kerja ‘mendirikan’. Namun ayat di atas sebenarnya tidak memerlukan kata bantu aspek untuk menyatakan perbuatan yang dilakukan. Hal ini kerana pendengar akan memahami bahawa perbuatan tersebut telah dilakukan kerana kata kerja ‘mendirikan’ sendiri sudah membawa makna ‘menjadikan jadi’ atau ‘perbuatan membina sesuatu’. Kata kerja  mendirikan merupakan kata kerja transitif. (Nik Safiah Karim et al. Tatabahasa Dewan, 2010:193)
                Kata bantu aspek merupakan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa. (Nik Safiah Karim et al.Tatabahasa Dewan,2010:471-472)

i)                    Abang kehilangan wangnya semalam.( Liaw Yock Fang dalam Nahu Melayu Moden, 1985:50)

ii)                  Dia dimarahi emaknya semalam .( Liaw Yock Fang dalam Nahu Melayu Moden, 1985:51)

Ayat (i) dan (ii) di atas tidak mengandungi kata aspek tetapi kita sebagai penutur jati bahasa Melayu akan memahami ayat peristiwa dalam ayat di atas telah berlaku. Hal ini kerana kata adverba menjadi penerang waktu kepada kata kerja di atas. Ayat (3) juga tidak memerlukan kata bantu aspek untuk menyatakan perbuatan aspek. Jika ayat di atas di ubah menjadi seperti di bawah tetap membawa makna waktu:
iii)                  Mereka mendirikan rumah tangga semalam.

Ayat (iii) juga membawa makna perbuatan  aspek. Namun bagaimana pula tentang status ayat di atas? Adakah ayat tersebut tidak termasuk dalam golongan ayat aspek kerana tidak menggunakan kata bantu aspek sedangkan kedua-dua ayat mengimplikasikan makna perbuatan telah dilakukan. Penggunaan kata adverb masa menjelaskan tentang peristiwa perbuatan tersebut. Jadi adalah tidak relevan untuk mengelaskan ayat berdasarkan kata bantu aspek. Hal ini kerana kata bantu aspek kadang kala tidak perlu dizahirkan untuk menyatakan ciri kala.

Kesantunan Berbahasa



Assalamualaikum..

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang kesantunan dalam berbahasa. Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin,santun dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar boleh dilihat dari segi tingkahlaku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa (1995:121). Tambah beliau lagi: “Kesopanan yang betul -betul memberi perhatian kepada peranan sosial  pemeran  latar ,  judul  percakapan , dan  menyesuaikan  peraturan  pertuturan dengan keadaan sebenar”. (1995:125). 
              Dalam gambar yang ditunjukkan di atas, kita dapat melihat penggunaan bahasa yang kurang sopan telah digunakan oleh seorang rakyat untuk bertutur dengan pemerintahnya. Contoh ujarannya ialah " mampoih p kat hang". Selain itu penggunaan panggilan kepada pemerintah juga tidak sesuai. Gelaran kehormat beliau tidak digunakan. 
              Seharusnya sebagai seorang rakyat yang berada dibawah tampuk pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesuai untuk memanggil beliau hanya dengan 'najib ' sahaja. Kita perlulah memanggil beliau dengan gelaran kehormat beliau iaitu 'Datuk Seri Najib Tun Razak' untuk menunjukkan santun dalam berbahasa.
              Masyarakat sekarang sudah mula hilang nilai kesantunan dalam berbahasa. Nilai kesantunan semakin lama semakin hakis dek kerakusan manusia itu sendiri.

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum dan salam sejahtera